Kali ini kita berada di pasar Malam Seksyen 28 Shah Alam. Walaupun hanya menjual pizza di tapak pasar malam, namun Pizza D’Rahmat menjadi tumpuan kerana mempunyai lebih dari 10 jenis topping pizza dan harganya sangat berpatutan. Untuk 1 keping pizza regular hanya berharga RM2.
?Lokasi 1 » Pizza D’Rahmat
Pasar Malam Shah Alam, Selangor
☎️ Telefon » 016-255 2569
#destinasitv #pizza #streetfood
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.